Merenung jauh mereka disana, hidup penuh keseronokan dan kegembiraan
Namun kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya.
Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dgn faktor kekayaan
Walaupun itu boleh jadi penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya.
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur di atas katil yang empuk
Tetapi dia tidak seronok dan tidurnya juga tidak nyenyak.
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk, kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat, lauk pauk yang bagus
Tetapi lidahnya tidak enak
Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua lauk.
Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatNya.
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar, dan makanan yang sedap, tentulah hidupnya bahagia dan tenang.
Belum tentu!
Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah.
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun.
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.
Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka. Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.
Kadang-kadang manusia apabila dia hilang sesuatu daripada dunia, dia rasakan seperti hilang segala-galanya.
Pernahkah kita mengira berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup?
Cuba Ingat!
Ketika kita ditimpa musibah kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya.
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita akan kata “Habislah aku kali ini,”.
Tapi usia kita berjalan. Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidup ini.
Ketika kita kata “Ya Allah, tolonglah aku, Ya Allah tolong lah aku, aku susah ya Allah”
Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu dan kita pun kadang-kadang lupa untuk bersyukur.
Pengalaman sering mematangkan kita.
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal.“Ya Allah, aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah”
Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru. Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar.
Satu hamba Allah, yg patah kakinya, dia tidak pernah pun sebut tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak. Barangkali tak pernah teringat.Tapi apabila satu hari dia sakit kaki, dia berkata, “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah kakiku”. Kini dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, juga nikmat sihat.
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yg telah ada.
Bersyukurlah wahai diri ini
Bersyukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar. Ramai orang terpaksa sabar, tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.
Apa yang Allah kurniakan kepada kita lebih daripada harapan kita.
Syukran Ya ALLAH!
Credit: Dr.Maza
0 comments:
Post a Comment