Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Diriku lemah..

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2138

Bersabarlah..

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2153

Apa dah jadi bila ECE buat kat hospital??

Assalamualaikum..
sudah lama rasanya x update blog. Masalah nya bukan x on9, tp, x tau pe nk dcritakn.

erm...hari khamis lepas, tba la masanya utk plajar 2nd year Medic (2nd group) pegi ke hospital Selayang...Seperti group yg sebelumnya, kehadiran kami, x de la disambut sgt...maklumla, hospital skarang bz..dgn H1N1 nya, masalah patient la, meeting sana sini..

ktorang pun pegi ke dwn kuliah..lame gak tunggu...dh la kena berangkat awal dr kolej...jam 6.30pg dh berkumpul...kira2 jam 7.30pg, smpai kat hospital...kalo jln jem, alamatnya, lg lame la duduk dlm bas..
ktorang dibawa pegi ke library, lab komp, clinical skill lab, ward2, jabatan farmasi, dll sume ada kat hospital selayang.
Dalam byk2 tempat tu, paling best, of kos la kat clinical skill lab..kat sana, En. Kamal yg begitu sporting, bagi briefing kat ktorang..
Kat sana ada mcm2 patung utk ktorang praktis sebelum buat kat REAL patient.


antara patung yg ade....
patung perempuan yg nak beranak..


Comel patung nie...harga satu patung nie kira2 RM39,000..tp, mslh nya patung nie dh rosak..harap2 patung nie blh dibaiki secepat mungkin..patung nie, btol2 mcm real patient..
Baby yg dalam rahim, akan bergerak keluar sama seperti pergerakan baby btol...maksudnya, bhgn kepala akan keluar terlebih dahulu, dan membuat pusingan seperti real baby sebelum nk keluar...ble tgk nmpk jer mcm patung, tp, ble pegang, fuhh...berat dan lembut...sebab bhgian kepala baby tu dibuat dr getah, dan bukan plastik...


selain tu, ade gak patung2 lain yg boleh batuk, menjerit kesakitan, sesak nafas...hoho...seram dohh kalo praktis malam2...
nie la patung yg sy mksudkan..
hurm...then bile petang, ktorang blaja psl vital signs...sume nya ada 4 vital sign..
1. pulse rate
2. body temperature
3. respiratory rate
4. Blood glucose
Sakit gler jari lepas kena cucuk utk cek blood glucose..huhu...masih terasa lagi.. Selain tu, ktorang di ajar cara2 hand-washing dgn btol..hoho...byk gler langkah...kena kira sampai 10 kali utk stiap langkah..aiyaaa.....ye lar...btol gak ape yg di ajar tu...kte sbgai doktor nnt akan selalu pegang patient. Cek sana, cek sini, and yet, org yg kte pegang tu bukan sume nya sihat...kalo sihat, x de la diorang pegi hospital..btol x? jd, risiko utk dpt berbagai-bagai jenis bacteria, virus n mikroorganisma lain tu amat tinggi..therefore, kena la basuh tgn properly.
tmbh lg, kalo kite buat operation dgn tgn kotor, patient akn senang dapat infection..therefore sterilization tu amat penting. Begitu gak dgn alatan2 yg diguna swaktu operation..mesti sterile!!

akceli, aktiviti vital sign dibuat waktu ptg..hand washing plak dibuat waktu pg..so, ble lepas hand washing tu, ktorang x de buat pa2 pun...kira cm waktu SDL la nie... (self direct learning)..mmg x tau la nk buat pe..nentor cm bz jer..so x nk la ganggu... super-super nentor plak kat hosp. Sg. Buloh..
tp, sy nasib baik la sbb, de kwn cm aleen....nentor die de masa nk bawa jln2 pegi ward...so, ktorang blh blaja cara diorang clerk patient sedikit demi sedikit..nmpk mcm susah jer bile dh masuk 3rd year nnt...nentor aleen kata, setiap minggu mesti ada sekali on-call...and, setiap posting kena buat 70 report untuk dhantar kat lecturer..(depend on lecturer) and certain lecturer aspect kte dh tau semua..huhu
Masalah dengan patient??patient beri masalah gak ker???
Patient plak ade mcm2 jenis...kdg2 bile senior ktorang nk interview patient, ada patient tu, cpat2 buat2 tido...sebab x nk kena ganggu..then, ade lagi yg bg alasan diorang dh kene interview pg td la, semalam la...(aik??pandai klentong gak patient nie yer...)
aduhhh.....ada lg kes, patient ramai yg dh pulang...so, kalo x byk patient dlm ward tu, cmne nk sediakan 70 report utk satu2 posting??huhu...and bukan suma patient nk bg kerjasama...language barrier pun satu mslh gak...
tp, alhamdulillah, patient yg diorang clerk depan kami, sumenya bg respons yg baik! pandai betul kak Atiqah layan patient...soft skill die, fuhh!! 100% bgus! patient yg sakit pun jd x sakit bile die bg layanan...=)
Bila dh abis blaja pasal vital sign kitorang pun balik kolej...guna bas yg disediakan..sampai kolej kira2 jam 4.30ptg...mmg pening kepala sgt hari tu...x cukup tdo kot..huhu...tmbh lagi penat, and x de energy.
Anyway, thanx tu senior yg begitu baik dgn ktorang....sekurang-kurang nya, terisi juga masa lapang ktorang kat hospital...SAYANG la korang sume...tanpa korang, xde la org yg akan beri tips2 utk berjaya kat kami plaja2 junior ni...^_^
ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya, dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa, atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpd org2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir."
(Al- Baqarah: 286)
Semoga kita semua akan berjaya di dunia dan di akhirat..AMIN.

Buat sahabat2 medic kat UITM shah alam.

Nie ade sikit pembetulan harga buku yg di jual oleh syarikat Kamal (edisi baru).
Jgn plak nnt terkejut sebab harga yg korang kire, x same dgn harga yg perlu di bayar.. sy x tanggung..hehe

MEDICAL BOOKS.. 2nd year 09/10
1. ROBBINS BASIC PATHOLOGY (Mama) #: RM 95.00
2. ROBINS PATHOLOGIC BASIS OF DISEASE(Papa) : RM 187.00

3. ROBBINS POCKET PATHOLOGY (Baby)# :RM 56.00
4. BASIC & CLINICAL PHARMACOLOGY,KATZUNG #:RM 78.00

5. LIPPINCOTT PHARMACOLOGY : RM 85.00

6. JAWETZ MEDICAL MICROBIOLOGY : RM75.00
7. MIMS MEDICAL MICROBIOLOGY : RM89.00
8. LEVINGSON MICROBIOLOGY #: harga x surelg

9. ARORA PARASITOLOGY# : RM50

10.HELEN PARASITOLOGY: RM 65 harga ni dikira bdsrkn edisi br ntmasuk kos2 yg de..

yg de #,recommended by lecturer n senior..
sbrg ptnyaan,cnct aleen-0176269319

STETOSCOPE
ade 2 brand..
1. LITMAN :RM215
2. SPIRIT :RM140

De mcm2 colour,Hitam , kelabu , biru muda , birugelap , hijau muda , hijau gelap , npink.

P myb de perubahan colour coz xcukup stok or etc..
Hrp korg x kesah eh..

TENDON HAMMER :harga x sure lg

PENLIGHT (lampu suluh kecik) : harga xsure lg

Nk order n sbrg ptanyaan, contact aleen – 0176269319



THANX TO ALEEN FOR DA INFO
:D

Sifat saya, menurut dia...


* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius,
suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

To my dad..

We may be young, but our instincts tell us you're special


Thanks for teaching us the little things DAD.


Been all around the world dad, but there’s no one like you


DAD,
Thanks for helping us to find our balance

HAPPY FATHER’S DAY
to the greatest FATHER ever


YOU’RE THE BEST FATHER IN THE WHOLE WORLD!


i have my new stethoscope

Now i have my own stethoscope with me..YEA!

Thanx to my mum!

Apa yg kamu sukai, belum tentu baik utkmu..

Bayangkan betapa besarnya rahmat ALLAH pada hambanya
Kite tak lebih hanyalah hambanya dan
DIA adalah YA RABB YANG MAHA AGONG
tp apabila kite selangkah mendekatinya
DIA berlari merapati kite
Jika seorng bos juga tak mampu melakukan sebegitu rupe kepada kulinya
Sebaliknya ALLAH yang sangat PENYAYANG sifatnya sanggup merapati hambanya yang hina dina dan sering melakukan dosa
SERTA mengingkari perintah dan sruhanNYA

Kite tak mampu untuk hidup walaupun semili saat tanpa rahmatNYA
YA ALLAH, betapa hinanya kami yang
tak prnah puas meminta rahmatmu tanpa kami mampu membayarnya.
Jika seseorang terlalu banyak menabur jasa kepada kite pasti kite akn berasa malu bukan?
tapi kenapa setelah begitu bayak rahmat yang ALLAH kurniakn kepada kite
namun ,sebaliknya kite tak pernah malu pada ALLAH
Sewenang2 mengunakn rahmatnya tanpa redhanya,
melakukan kemungkaran dengan mengunakan nikmatnya.
Lupakn kite pada surah ar Rahman yang berkali2 mengingatkan kite
tentang pendustaan nikmatNYA.
Melihat perkara2 yang sia-sia,
berpandangan sesame adam dan hawa tanpa mengira kemurkaanya
itu belum kira lagi kita menonton konsert2 yang mengundah celaru di jiwa.
Ampuni dosa kami ya ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN
Kite sangka menjadi orang buta itu besar dugaannya
tapi kite lupa betapa mulianya mata mereka berbanding dengan mata kite yang penuh dosa ini.
Bersyukurlah kalau kite rabun sesungguhnya terlalu banyak dosa yang dapat kite hindari walupun tanpa kite sedari.
Bersyukur jugalah bagi mereka yang terang lagi jelas penglihatannya kerana banyak anugerah tuhan yang dapat dinikmati dan dijadikan dasar keutuhan iman.
Rabun , buta , celik bukan alasan untuk kite tidak mesyukuri nikmatnya
Percaya lah bahawa ALLAH hanya menjadikan yang terbaik untuk hambanya.
Seperti yang tercatat dalam surah al-Baqarah
“Apa yang kamu sukai itu, belum tentu baik untuk kamu dan belum tentu apa yang kamu benci itu buruk bagi kamu, kadang-kadang apa yang kamu benci itu adalah yang terbaik untuk kamu dan apa yang kamu suka itu buruk bagi kamu.”
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERSURAT LAGI TERSIRAT
Maka jadilah kite hambe yang selalu bersyukur dengan apa adanya

SEMOGA PENGKONGSIAN INI DAPAT MENGISI HATI KITE YANG SERING LALAI DENGAN KURNIAANYA.
hasil nukilan seorang sahabat

Life Quotes

It's WEIRD how u go from
being STRANGERS to being FRIENDS,
to being MORE THAN friends,
to being practically STRANGERS again.
and it all happens so FAST.

Congrats to my sis!!

Wow!hebat gler...
my sis dh lulus test driving!!
hoho..
test kat jalan raya, dpt 19/20!!
boleh tahan..
aku juz dpt 18/20 jak..
neway, congrats!
boleh la tolong mak antar adik skolah pas tok owh =p
sik la mak lelah gilak mok ulang alik dari hospital ke rumah.
jimat ckit minyak keta..hehe.

rindunya....=(

If anything happen, family is always the first.
That is my promise.

Ntah bile la lagi nk spend time ngan family lepas nie ..huu..
Bile tbe bulan puasa nnt, x dpt la merasa berbuka bersama family..
Sedih nya…
X de mak yg kejut utk sahur,
X dpt mkn masakan mak,
X dpt bergurau ngan adk bradik..
Tu lah perkara yg di rindui ble dh mule sem baru
Bukan senang nk balik kch ni..
Nk kene p g airpot lg, bli tiket..
Bukan nya 20 or 30 ringgit..
Beratus!!huh

Hrp2 raya tahun nie nnt dpt cuti pjg ckit..and tiket balik time tu murah..
Amin

hargai lah ibu anda..kerana

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

H1N1 influenza A?hurm..

SWINE FLU? SELSEMA BABI??

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak di seluruh dunia.

Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia TERSEBAR MELALUI MANUSIA bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

>>>>>Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.

LAPORAN TERKINI

Tiga lagi negara - Korea Selatan, Perancis dan Costa Rica - disahkan mempunyai mangsa yang positif dengan wabak Influenza A (H1N1),
menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di seluruh dunia
meningkat kepada 658 dengan 17 kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam laporannya (3 Mei) memaklumkan, sehingga kini, 397 kes dengan 16 kematian dicatatkan di Mexico manakala 160 kes serta satu kematian dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat.Negara yang sudah mengesahkan kes positif Influenza A (H1N1) tetapi tiada kematian ialah Kanada dengan 51 kes, Britain (15), Sepanyol (13), Jerman (enam), New Zealand (empat), Israel (tiga), Perancis (dua) serta masing-masing satu di Austria, Hong Kong, Costa Rica, Denmark, Belanda, Korea, serta Switzerland.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata WHO juga masih mengekalkan tahap amaran influenza pandemik tahap lima dan belum menyarankan sebarang sekatan perjalanan, perdagangan atau penutupan sempadan mana-mana negara.

"Sehubungan itu, pelawat dari negara yang disahkan positif wabak itu akan disaring di pintu masuk antarabangsa dan diberi Kad Amaran Kesihatan serta Borang Pengisytiharan Kesihatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, (3Mei).



Beliau berkata, setakat ini jumlah penumpang yang sudah disaring dan memerlukan pemeriksaan kesihatan lanjut di negara ini ialah 238 orang, tetapi semuanya didapati sihat dan tidak perlu dirujuk ke hospital.



>>>>>Sehubungan itu, katanya, orang awam yang mengalami simptom jangkitan terutama demam, batuk, selesema dan sakit tekak dinasihatkan menangguhkan lawatan ke luar negara, manakala yang pulang dengan gejala berkenaan diminta segera mendapatkan pemeriksaan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata, kerajaan akan menerima bahan uji khusus dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta, Amerika Syarikat, yang hanya mengambil masa enam jam untuk mengenal pasti virus Influenza A (H1N1), tidak lama lagi.



Kementerian itu sedang berusaha untuk mendapatkan bahan uji berkenaan secepat mungkin bagi membolehkan pengesahan virus H1N1 diperoleh secara terus daripada sampel tanpa memerlukan ujian lanjut yang mengambil masa panjang.


"Dengan bahan uji itu, kita hanya memerlukan enam jam untuk mengesahkan kes Influenza A (H1N1), sekali gus mengelak daripada mengeluarkan status kebarangkalian seperti sekarang," katanya selepas melawat Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di sini.

Liow sudah mengarahkan supaya alat pengimbas suhu yang dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang diaktifkan bagi memeriksa penumpang selepas Hong Kong disahkan dijangkiti wabak itu.

Selain itu, katanya, kementerian juga akan berusaha meningkatkan stok vaksin kepada 10 peratus daripada jumlah penduduk, daripada 7.5 peratus atau kira-kira dua juta dos yang sedia ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagaimanapun, Liow meminta media massa supaya tidak terburu-buru atau sewenang-wenangnya melaporkan sesuatu kes di bawah pengawasan doktor atau hospital sebagai disyaki Influenza A (H1N1) kerana ia boleh mencetuskan suasana panik.

Cinta memang manis tapi...


Berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe , berdua-duaan antara laki dan perempuan,
Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya.
Esok mungkin kamu kecundang.
Iblis akan memerangkap kamu.
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,
ada zina betul,
ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan,
ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi,
Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah:
" Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman "
(Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak.
Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Bincang pelajaran sahaja?? (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)
Kita belajar nak keberkatan.
Kalau cemerlang sekalipun,
kalau tidak diberkati oleh Allah,
kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan.
Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah.
Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia.
Allah suka kepada orang berilmu.
Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat.
Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu.
Kita manusia.
Jangan menafikan fitrah manusia.
Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Tiadakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar?
Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi?
Jangan hina kaum sejenis kita.
Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis.
Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.
Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak!
Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami.
Jangan nafikan naluri ini.
Jangan berbohong pada diri sendiri.
Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.
Itu adalah fitrah.
Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.
Jadilah manusia yang sihat nalurinya.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin.
Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian.
Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.
Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga.
Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia.
Tidak tahan diuji.
Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi.
Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya.
Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina.
Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang.
Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.
Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.
Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan.
Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi.
Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi.
Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam.
Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.
Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai.
Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan.
Allah yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah.
Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul.
Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini.
Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada.
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini? Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami? Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha.
Berdoalah serta mohon keampunan dariNya.
Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.
Taubat yang memenuhi tiga syarat:
i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "
peringatan ini untuk diri sendiri juga

Doctor to be....



HERE WE GO....
erm.....batch ktorang kali ni lebih kurang 180+..ramai gak la...
gmbr kat atas tu diambil sementara tunggu
jurugmbr profesional tangkap gmbr ktorang...hehe


Smoga ktorang sume blh jd doktor yg berjaya.... amin..

SUKAN FAC??ape jd ngan rumah SIGMA?


GO SIGMA!!GO SIGMA!!

hurm...sblom memula kan crita, sy nk gtau dulu,
ari sukan nie, ade 4 rumah sumanya..
BIRU, merah (DELTA), OREN, kuning (SIGMA)...


dan aku???rumah SIGMA!!

mlm sblom hari sukan diadakan,

ahli rumah sigma semua bersemangat untuk buat bendera, head band and arm band.
mmg bersemangat gler lah..
tmbh lg hr sukan tu diadakan lps progress test..
so, sume org ambik pluang utk lepas kn t
ension after pnat study...
ade jugak yg ambik pluang ni nk balik umah...hujung minggu la katakan..

tp, mslhnya....
program ari sukan nie clash dgn program kursus SOLAT.. kat dewan mkn D
ELIMA.

MANE SATU NK PEGI NI EK????ergh!!konfius!!!
ni ade ckit sebanyak gmbr yg gue dpt dari AMI..my fren!




ni plak rumah DELTA!!


hurm....nadia, sempat bwk kek lg utk ktorang rumah SIGMA!!!hehehe....
sedap kek nadia bawa......thanx nadia!!


Kputusan di akhir perlawanan, ahernya, SIGMA duduk di tangga ke-4!!!
haha.....tp, ape2 pown, ktorang sume ahli SIGMA mempunyai smangat kesukanan yg tinggi!
ape x nya, smua ktoarang ahli SIGMA turun PADANG!!
siap buat BENDERA la...ape la....hehehe

akhirnya..........

Alhamdulillah...tamat gak progress test utk kali nie...
byk gak yg kne cover utk module nie...
5 minggu tu...jadual kuliah sehari bukan 1, 2 lecture...kdg2 tu smpai 4 lecture sehari..
bygkn lah..kalau 5 minggu brape lecture semuanya???aiya...
tp ajaib nya, ...lepas jer abis test, semua student yg keluar tersenyum lebar!!!
hahaha.....so, mmg KONFEM GEMPAK la result kali nie....hehe...
Baru2 nie selsema la pulak..pening, demam..huu...suara pun jd SEXY! haha..nk mkn ubat, tp x de la plak...sbr jer la..

sebulan lagi!!!!!

hoyeah!!! x lme lagi bleh balik swak!!!hoho....
sebulan lagi???!!
hahaha....
10 april!!!!i can't wait!!hehe...
tp ada problem laaa........=(
exam TITAS blom lepas lg....ntah la brapa haribulan agaknya test TITAS tu...tp yg penting, time tu aku dh kat swak...test TITAS???kat shah alam....
nampaknya kene la balik shah alam lagi......
huu.....
leceh la bile cuti x sama ngan student kos lain...
bile ktorang cuti, student lain still ade klas...
ble student lain cuti, ktorang plak ade klas....

mmg masalah BESAR!!!
SEBAB nya, bile org lain cuti, kedai makan kat UITM sume tutup...
so, ktorang nk makan ape????
ergh!!terpaksa la keluar carik makan.....
x sbr rsnya nk pindah ke kampus baru kat SELAYANG or SUNGAI BULOH!!
hehehe....kampus baru, semua plajar MEDIC!!
ahhhh.....best nya!!!!
hehehe....
kalo dapat kampus kat SUNGAI BULOH, duduk apartment la alamatnya....hehehe...
serumah 4 bilik, and 8 org!!fantastic!!
=))))))))

RISE FOR GAZA!!!

GAZA??PALESTIN??hurmm.....
semua heboh pasal tu...
apa contribution from fakulti perubatan uitm??


hari khamis lepas, ajk exco modal insan telah mengadakan majlis penutupan hari memperingati Palestin...
Solat hajat telah dilakukan di dataran depan fakulti selepas solat maghrib...


Walaupun hujan renyai2, program tetap dijalankan...tanpa menghiraukan hujan yg turun membasahi dataran...
waaa...bagus la kwn2 nie....hehehe...sy tabik la dgn korang!=)


lepas je solat isya, aktiviti diteruskan dgn bacaan pidato, sajak, nasyid, dari plaja year 1 and year 2...kami diberi head band utk dipakai sewaktu majlis tersebut..




Daripada RM20, 000 yg dikutip dari semua fakulti dlm uitm shah alam, RM9,000 adalah dr fakulti PERUBATAN!!
WOWW!!=P

Terima kasih kepada semua yg memberi sumbangan...
Selain itu, pelbagai jualan telah dijalankan antaranya, vcd palestin, buku, badge dll....
dan sebahagian drpd hasil jualan tersebut telah disalurkan ke tabung Palestin.
aher juga smpai bilik malam tu tambah pula hujan lebat pada malam tu...

Jauh dari sudut hati, aku bersyukur sebab memilih untuk menyambung pengajian di
Fakulti Perubatan Uitm...
banyak benda yg telah ku pelajari, tidak kira ilmu dunia, mahupun akhirat, semuanya berjalan seiring...
Alhamdulillah=)

Mentor..Dr. Khin Myo Thu

A week before we having a dinner, i met my mentor with other mentees...
hoho...susah banget sih jumpa mentor??? slalu x de kat bilik...
but after met her, i knew what mark i got for previous module, which are endocrine and urinary system...not bad la pertemuan with my mentor last few weeks....=)
Progress test for Nervous system module is coming soon...really hope i can do better for this progress test eventhough this module is the very HARD for me...

Night of exquisite talent!

yeah!!ahernya, tamat gak masa busy....hehe..

dinner, presentation pbl, n presentation pasal solat jenazah sumenya dh tamat...alhamdulillah...

erm...Night of Exquisite talent??ape tu??hurm....tu la tema mlm dinner medical student kali nie..Dinner kali nie, sepenuhnya di uruskan oleh student2 dr year one...mksudnya, kwn2 aku la...kat sini la ktorang dinner....mmg grand habis la....mcm2 gimik kna buat...lakonan dr student lelaki year one, mmg hebat la....
I am one of the ajk that prepare for present for lecturer, students and door gift.
Besides, i also become one of the dancer for persembahan pembukaan "formasi bunga".


Aiyo....neves gler dowh time tu...huhu....


neway, at least i had a sweet memory on dat nite.
ktorang smpai kolej kira2 jam 1pg la jugak.....sebab, tempat dinner tu kat KL...
pnat la jugak..tp best!!!hahaha...
performances bdak medik sume best!!haHa...x sangka btol suara diorang sedap...
bukan jer pandai, berbakat plak tu...seronok dpt berkawan dgn diorang..

Nervous =(

Nervous???? hahaha....
bkn la nervous ape....juz nk gtau, next module lpas cuti nie pjg gler!!!
ergh!!!

The Nervous System!! 5 minggu tu!!!hoho....
dlm module tu gak la dinner utk medical student diadakan...hari isnin tuu..... aiyo.....
esok nya plak ade klas....
mmg pnat gler la module nie nnt...=(

17 anatomy lec, 13, physiology lec, but only 2 biochem lec???

ya ALLAH!!byk nya anatomy....!!dats mean, byk bnde kena hafal!!
huuu....
kalo biochem n physio ok lg...sbb, sbjek tu membincangkan proses, and blh la kte hfl dlm
bentuk crita...
but.......anatomy???
no way la kalo nk hfl dlm bntuk proses...
byk name plik2...
tp kalo kte tgk spesimen tu btol2, and gne spenuhnya masa practical, insyALLAH blh buat... tp.....hoho...waktu practical la paling x bes...trutama kalo lecturer x bes... hehehe...
x baek btol la aku nie...
akceli sume lecturer best...aku jer yg prblem...