Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

remember that,another chance may come up...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama
pada pintu yang tertutup
sehingga tidak melihat pintu lain
yang dibukakan bagi kita..

Sabarlah sayangku

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuat keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya
untuk sesuatu yang sia-sia...
Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah DIA mahu
kerana Dia tahu
hati yang sebeginilah yang lebih lunak,
mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya...