Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Showing posts with label genta rasa. Show all posts
Showing posts with label genta rasa. Show all posts

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT


Adakah kita benar-benar beriman? 
Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita. Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? 
Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

Tetamu yg tidak beradab

Manusia hanya umpama tetamu senja yg hadir di dunia dlm tempoh masa tertentu. Sampai masanya kita akan pulang ke tempat asalnya, yakni berpindah ke alam lain selepas kematian. 

Pernahkah kita terfikir bagaimanakah perasaan kita sekiranya seorang tetamu yg datang bertandang ke rumah kita, dan mereka berbuat sesuka hatinya? Umpamanya mengalih atau mengubah susunan perabot, mengguna peralatan rumah tanpa izin dan sebagainya. Tentu sekali kita akan marah.

Begitulah ibaratnya kita lahir ke dunia ini. Kita bertandang hanya utk seketika. Sebagai tetamu, kita tidak wajar utk membuat jalan hidup sendiri.

"Tetamu perlu beradab dgn tuan rumah, begitu jua, manusia perlu beradab dgn Tuan punya dunia ini."


diambil dari buku Mukmin Professional

Muhasabah Ramadhan

Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semoga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya

(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)

Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri

(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)

Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan

(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)

artikel diambil di sini

Rintihan hati

Ya Allah… 
aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami. 
Mudah-mudahan keluh-kesah, resah-gelisah kami menerima ketentuan-Mu ini, 
Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hamba-Mu yang berdosa.
Semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah.

Kami lemah ya Allah… 
Kami lemah..
namun..
Kami tetap yakin Kau menguji kami ini dengan maksud baik. 
Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya. 
Kami berdoa ya Allah… ujian ini menjadi tebusan pada dosa-dosa kami yang lalu, kini dan akan datang. 
Sesungguhnya kami ini hamba ya Allah… 
ujian inilah yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini sudah semakin alpa bahawa kami ini hakikatnya hanyalah seorang hamba yang hina.

Marah kerana Cinta bukan kerana Benci

Sikap unik org2 tua dulu, diorang suka letak brg usang atau kurang perlu kat bwh rumah..cthnya, botol, tin-tin atau kayu-kayu buruk. But then, guna pun tak...simpan je..Entah kenapa benda tu tak dibuang. Yang peliknya, bila barang2 'antik' tu org hendak ambil, cepat-cepat pula mereka melarangnya. "Tak boleh- nak guna, sayang" begitulah kata-kata yg mereka lontarkan.

Itulah analogi yg kita boleh cuba fikir2 kan dan renung2 kan mengenai isu penyebaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW oleh akhbar2 Eropah. Sama la juga hal nya dgn isu palestin.

Kebanyakan org marah apabila isu ini dimainkan. Sehingga ada yg sanggup berarak membuat demonstrasi, bakar bendera dll.

Menunjukkan kecintaan pada Rasul lebih utama. Buktikan kecintaan kita itu dgn mengamalkan sunnahnya. Namun berapa ramai saja yg mengikut sunnah Rasulullah SAW? Mengamalkan sunnah Rasulullah memerlukan lebih keberanian. Tentangannya lebih hebat. Bahkan dari umat Islam sendiri. Kita 'bakar' cara hidup mereka itu lebih relevan berbanding bakar bendera mereka.

" Kita dengan sunnah, seperti org2 tua dahulu dgn barang usang bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali. Tetapi, apabila org lain hendak mengambilnya, barulah heboh kononya nak digunakan."

Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan di cela. Tetapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta..

"Buktikan cinta kita dgn mengamalkan sunnah Rasulullah. Itulah cara paling berkesan mempamerkan kemarahan kpd musuh-musuh yg menghinanya."