Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Showing posts with label Perumpamaan. Show all posts
Showing posts with label Perumpamaan. Show all posts

Kesan 'paku' pada 'papan'

Aku jujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan yang mungkin kecil di mataku. Aku tidak pernah menghitung, berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap insan-insan yang ku sayang. Hinggalah,aku tiba-tiba terasa tersedar dengan perbuatan aku sendiri.


Kadangkala,aku sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan,dan dengan mudah aku mengganggap semua telah selesai. Sebenaranya,ucapan itu adalah untuk diri sendiri, bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf. Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?



"Ayah, mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini? Apakah tujuannya?" tanya seorang anak kepada ayahnya.


"Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan Farah telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang Farah lakukan, tapi apabila dikumpul, Farah lihatlah dinding ini." jawab ayahnya dalam nada bergurau.
  

Namun anak itu mengerti ayahnya bukan bergurau. Lalu anak itu meneruskan perbualannya.
"Tapi kalau Farah dah menyesal akan kesilapan Farah,  dan minta maaf, sama lah seperti kalau kita cabut paku tu kan ayah?" tanya anaknya.


"Memang betul anakku. Tapi, adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah anakku melihat lubang-lubang, dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya?" tanya ayahnya.

Farah tersentak. Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahnya itu. Setiap kesilapan itu, bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Allah itu Maha Pengampun. Tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu, sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa. 

Tetamu yg tidak beradab

Manusia hanya umpama tetamu senja yg hadir di dunia dlm tempoh masa tertentu. Sampai masanya kita akan pulang ke tempat asalnya, yakni berpindah ke alam lain selepas kematian. 

Pernahkah kita terfikir bagaimanakah perasaan kita sekiranya seorang tetamu yg datang bertandang ke rumah kita, dan mereka berbuat sesuka hatinya? Umpamanya mengalih atau mengubah susunan perabot, mengguna peralatan rumah tanpa izin dan sebagainya. Tentu sekali kita akan marah.

Begitulah ibaratnya kita lahir ke dunia ini. Kita bertandang hanya utk seketika. Sebagai tetamu, kita tidak wajar utk membuat jalan hidup sendiri.

"Tetamu perlu beradab dgn tuan rumah, begitu jua, manusia perlu beradab dgn Tuan punya dunia ini."


diambil dari buku Mukmin Professional

kehidupan??ketawa??

Hidup ini, bagai masakan....
seandainya makanan yg dimasak itu, tiada garam,maka tidak lah sedap masakan itu...

tp..seandainya masakan yg dimasak itu terlebih garam nya, maka tidak lah juga sedap masakan itu....

begitu juga lah dgn kehidupan kita...
ketawa itu mmg baik dlm khidupan..
tp, andai kita terlebih ketawa,
maka itu juga adalah tidak baik...=)