Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Catatan Cinta..

Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang Kau redha
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada
Iringilah maluku berserta iman di dada
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya
Kerana aku insan yang tiada daya
Maka bantulah aku melupakannya
Jika itu takdirnya..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku
Kerana ketidakpastian itu mengganggu
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu
Aku tidak rela terusan terbelenggu
Dalam pencarian permata berharga milikMu..

0 comments:

Post a Comment