Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Monologues of a sinner


Aku impikan diriku yang sentiasa ghairah bertasbih,
Mengadu rindu padaNya,
MengasihiNya sepenuh jiwa raga,
MencintaiNya sekuat hati.


Aku impikan diriku yang sentiasa mengalirkan air mata..
Akibat rindunya aku pada Penciptaku,
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat,
Akibat segannya aku kerana sering menipu kecintaanku padaNya.


Aku impikan diriku yang sentiasa bergetar hatinya,
Pabila nama tuhanku disebut,
Jantungku berdegup kencang..
Bila disebut azabNnya,
Tetapi tenang semula..
Bila dicerita kasih sayangNya.


Aku impikan diriku yang setiap detik mengingatiNya,
Akan nikmatnya yang tidak terhingga,
Kerana aku tiada apa-apa,
Dialah yang Maha Pemberi.


Aku impikan diriku yang sentiasa bertawakal padaNya,
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku,
Maha Suci dari menzalimiku,
Kerana Dia Penciptaku,
Yang penuh dengan kecintaan pada makhluknya yang dhaif seperti aku :’)

0 comments:

Post a Comment