Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Muhasabah Ramadhan

Ramadan ini akan pergi
Namun yang pergi hanya giliran purnama
Bukan rasa dan maknanya
Semoga semuanya masih… di jiwa
yang sentiasa merindui
barakah dan maghfirahnya

(Apakah roh Ramadan ini
akan terus menerangi
… bulan-bulan seterusnya?)

Nanti Syawal bertamu jua
Bersama wajah seindah fitrah
Tasbih, tahmid dan takbir pun diucapkan
Meraikan satu kemenangan
di satu peperangan…
di dalam diri

(Apakah kita berjaya?
atau sekadar menumpang gembira…
di pinggiran kebesaran-Nya?)

Ramadan dan Syawal akan pergi
silih berganti masa
Dan kita bagaimana?
Masih di pelabuhan alpa?
Masih di dermaga dosa?
Dan bahtera kita terus kelelahan
..dihempas ombak keresahan

(Akan tiba saatnya
Ketika Ramadan dan Syawal datang jua
Tapi kita telah tiada…
untuk menyambutnya!)

artikel diambil di sini

Rintihan hati

Ya Allah… 
aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami. 
Mudah-mudahan keluh-kesah, resah-gelisah kami menerima ketentuan-Mu ini, 
Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hamba-Mu yang berdosa.
Semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah.

Kami lemah ya Allah… 
Kami lemah..
namun..
Kami tetap yakin Kau menguji kami ini dengan maksud baik. 
Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya. 
Kami berdoa ya Allah… ujian ini menjadi tebusan pada dosa-dosa kami yang lalu, kini dan akan datang. 
Sesungguhnya kami ini hamba ya Allah… 
ujian inilah yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini sudah semakin alpa bahawa kami ini hakikatnya hanyalah seorang hamba yang hina.

Memaafkan

Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuh'mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka.

Wahai diri, ingatlah...
segala gerak laku makhluk adalah dgn izin ALLAH.
Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata,
ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia yg menjadi 'sebab',
Lihat dgn mata hati yg ALLAH jua yg menjadi asbab.

Hidup ini terlalu singkat utk membenci
Bermusuh dgn org lain, sama seperti bermusuh dgn diri sendiri
Memaafkan org lain bererti memaafkan diri sendiri.