Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

H1N1 influenza A?hurm..

SWINE FLU? SELSEMA BABI??

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan itu berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak di seluruh dunia.

Malaysia Airports Holdings Berhad akan memantau penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia TERSEBAR MELALUI MANUSIA bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

>>>>>Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.

LAPORAN TERKINI

Tiga lagi negara - Korea Selatan, Perancis dan Costa Rica - disahkan mempunyai mangsa yang positif dengan wabak Influenza A (H1N1),
menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan di seluruh dunia
meningkat kepada 658 dengan 17 kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam laporannya (3 Mei) memaklumkan, sehingga kini, 397 kes dengan 16 kematian dicatatkan di Mexico manakala 160 kes serta satu kematian dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat.Negara yang sudah mengesahkan kes positif Influenza A (H1N1) tetapi tiada kematian ialah Kanada dengan 51 kes, Britain (15), Sepanyol (13), Jerman (enam), New Zealand (empat), Israel (tiga), Perancis (dua) serta masing-masing satu di Austria, Hong Kong, Costa Rica, Denmark, Belanda, Korea, serta Switzerland.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata WHO juga masih mengekalkan tahap amaran influenza pandemik tahap lima dan belum menyarankan sebarang sekatan perjalanan, perdagangan atau penutupan sempadan mana-mana negara.

"Sehubungan itu, pelawat dari negara yang disahkan positif wabak itu akan disaring di pintu masuk antarabangsa dan diberi Kad Amaran Kesihatan serta Borang Pengisytiharan Kesihatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, (3Mei).



Beliau berkata, setakat ini jumlah penumpang yang sudah disaring dan memerlukan pemeriksaan kesihatan lanjut di negara ini ialah 238 orang, tetapi semuanya didapati sihat dan tidak perlu dirujuk ke hospital.



>>>>>Sehubungan itu, katanya, orang awam yang mengalami simptom jangkitan terutama demam, batuk, selesema dan sakit tekak dinasihatkan menangguhkan lawatan ke luar negara, manakala yang pulang dengan gejala berkenaan diminta segera mendapatkan pemeriksaan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata, kerajaan akan menerima bahan uji khusus dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta, Amerika Syarikat, yang hanya mengambil masa enam jam untuk mengenal pasti virus Influenza A (H1N1), tidak lama lagi.



Kementerian itu sedang berusaha untuk mendapatkan bahan uji berkenaan secepat mungkin bagi membolehkan pengesahan virus H1N1 diperoleh secara terus daripada sampel tanpa memerlukan ujian lanjut yang mengambil masa panjang.


"Dengan bahan uji itu, kita hanya memerlukan enam jam untuk mengesahkan kes Influenza A (H1N1), sekali gus mengelak daripada mengeluarkan status kebarangkalian seperti sekarang," katanya selepas melawat Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di sini.

Liow sudah mengarahkan supaya alat pengimbas suhu yang dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang diaktifkan bagi memeriksa penumpang selepas Hong Kong disahkan dijangkiti wabak itu.

Selain itu, katanya, kementerian juga akan berusaha meningkatkan stok vaksin kepada 10 peratus daripada jumlah penduduk, daripada 7.5 peratus atau kira-kira dua juta dos yang sedia ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagaimanapun, Liow meminta media massa supaya tidak terburu-buru atau sewenang-wenangnya melaporkan sesuatu kes di bawah pengawasan doktor atau hospital sebagai disyaki Influenza A (H1N1) kerana ia boleh mencetuskan suasana panik.

5 comments:

The new strain is an apparent reassortment of FOUR strains of influenza A virus subtype H1N1.

Analysis by the CDC identified the four component strains as
- one endemic in humans,
- one endemic in birds, and
- two endemic in pigs (swine)

One swine strain was widespread in the United States, the other in Eurasia.

Worldwide the common human H1N1 influenza virus affects millions of people every year, according to WHO officials, and "these annual epidemics result in about three to five million cases of severe illness, and about 250,000 to 500,000 deaths.

 

virus ni mudah merebak sesama manusia.
berbanding antara manusia dgn babi..

kdg2 terpike gak, npe la MANUSIA yg kne pakai MASK..npe x bg babi jer yg pakai???
hoho....

rupenya byk lg kes ni yg merebak antara manusia sesama manusia
berbanding manusia dgn babi yg hnya 12 kes.

 

deeba!!sy x dpt view blog awk..huhu

 

salam ziarah..
ermm..ap yg taw, virus ni yahudi sendri yg buat dan tlh ad ubatnye..

mcm virus comp, pasti ada anti-virus kn.. ~

 

huh? tak dapat view blog kte?
Sedeyh2..
Cuba lagi..
whiteraven68.blogspot.com

 

Post a Comment