Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Apakah perasaan ini?


Akhir-akhir ni, rasa down sangat..rasa lemah..

Mengumpul redha atas sesuatu perkara yang kita tidak sukai kadang-kala jadi teramat sukar. Banyak dugaan datang menguji tak kira yang datang itu kecil mahupun besar. 

Apa yang kita tidak suka, itulah yang terbaik untuk diri kita. Allah itu sangat sweet. Memberikan hadiah di penghujungnya selepas kita mengharungi kepayahan. 

Kita akan lemah bila kita membenarkan orang lain terus membuatkan kita down..


dan lagi lagi lemah bila kita sengaja mencipta jurang dan makin jauh dari jalan yang boleh mendekatkan kita kepada Allah. 

Jangan terlalu manjakan diri, 
terlalu ikut kesedihan, 
terlalu lemah dengan godaan syaitan yang memang kerjanya nak menjatuhkan kita sentiasa dengan pelbagai cara. 

Tugas kita adalah menguatkan diri kita, 
memperhebatkan lagi iman kita. 

Jangan menangkan syaitan bila kita sedang bermasalah dan makin menjauhkan diri kepada Allah. 

Sepatutnya terus-terusan mendidik diri dengan sabar, biar apa orang nak kata. 

Sahabat dunia yang hanya ada pada waktu senang dan tidak pada waktu susah. Biarkan. 

Sebab kita punya Allah. 

Stop serabutkan diri dengan masalah kecil hatta besar sekalipun sebab kita ada misi dekat dunia ni yakni menjadi hamba Allah dengan sebaik-baik hamba. 

Pedulikan apa orang nak kata. 

Prove them wrong!

Soal hati, even dengan sahabat, mana datang perasaan yang tiba-tiba tu? 
Semuanya sebab cara kita bergaul..

Yes.. memang kita rapat dengan semua orang like bff 

tapi bila mana Allah dah bagi rules dalam perhubungan pasti bersebab. And this is serious. 

Allah tak nak kita terluka tapi kita sendiri yang melukakan diri kita. 

Anggap lah ini peringatan dari Allah 

Biarkan apa orang nak kata, pentingkan apa yang Allah nak kata. 

Lemah? cuba bangkit Tahajud. 

Mungkin satu-satu masalah ni datang sebab kita dah makin jauh dengan Allah. Mungkin...

Hanya Allah yang tahu tingkat iman kita. Segala yang baik datang dari Allah. 

Just remember..
Jangan menangkan syaitan yang kerja dia memang nak downkan kita.

Allah sayang kamu ^^ 

  

Allah itu ada. Wujud. Allah menjanjikan kebersamaan-Nya bersama kita. Allah berjanji untuk sentiasa berada di sisi kita, setiap masa bahkan setiap detik! 

Di saat semua manusia meninggalkan, tapi Allah tetap setia di sisi. 

Dialah yang meletakkan kamu ke dalam ujian, dan Dia jualah yang membantu kamu dalam mengharungi ujian. Allah meletakkan kamu ke dalam satu situasi yang kamu tidak suka, tapi Allah pandu dan beri jalan keluar dari ujian itu.

Sweet. :’)