Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Allah sedang aturkan something yang sweet untuk both of us :D







Akhir kata, semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang menjadi urusan pertama kita pada setiap ketika. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. InsyaAllah aku cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Semoga kita ditemukan oleh Allah pada masa yg telah Dia tetapkan untuk kita. ^__^


p/s: kamu tahu, aku sangat bersalah kepadamu. 

Mencintai dalam Diam

Tahukah kamu, sebenarnya hatiku menolak ketika fitrah itu datang menyapaku 
kerana ku tahu bahwa dia bukanlah kamu
Maka dengan semampuku, ku berusaha menjaga hati, agar ia tetap tak tersentuh oleh yang
bukan dirimu...


Kerana bagiku,
Untuk apa ku buka hati ini agar terisi dengan seseorang, 
jika suatu saat dia belum tentu menjadi pasanganku?

Catatan Cinta..

Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang Kau redha
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada
Iringilah maluku berserta iman di dada
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya
Kerana aku insan yang tiada daya
Maka bantulah aku melupakannya
Jika itu takdirnya..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku
Kerana ketidakpastian itu mengganggu
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu
Aku tidak rela terusan terbelenggu
Dalam pencarian permata berharga milikMu..

Jangan menangisi perpisahan

ya Allah…
KAU yang Maha tahu segalanya.
bila kehadiranku, 
menganggu hatinya, 
tidak membawa kebaikkan padanya,
maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka..

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik untuknya..
maka Kau jauhkanlah aku darinya..

bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa…

bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
dan bila dia berhak kepada yang lebih baik,
maka jarakkan kami, pisahkan kami..

...jangan menangisi perpisahan,
kelak DIA akan gantikan,
dengan seseorang yang telah tercatat,
dengan seseorang yang terbaik untuk dunia dan akhirat kamu.






(via tersenyum-melihat-langit)

Jika isteri menangis dihadapanmu...



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargailah dia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

awk...apa salah saya?





Apa khabar jodohku?





Apa khabar jodohku?


Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..


Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.


Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Cerpen |Cinta si Ibu

Pada suatu hari, saya bertanya kepada emak, “Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "




Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.


Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..


Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”

.Tinta ku.



Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa;




Siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.


Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Aku tidak akan sesuka hati memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.


Aku mohon maaf sekiranya kisah semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Mungkin kerana keseronokan semata. 


Kamu yang tidak ku ketahui siapa;

Istikharahku

"Ya Allah, sekiranya dia .... ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya maka peliharalah kami dalam batas-batas syariat. Sekiranya dia .... tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dirinya daripada memikirkanku."




Tidak salahkan andai aku menyimpan impian untuk menjadi makmum kamu?:')