Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Doaku utk mu :)

Ya ALLAH,
Kdg2 sahabat ku ini lemah,
maka KAU kuatkanlah..
Kdg2 dia rsah,
maka KAU tenangkanlah..
Kdg2 dia gentar,
maka KAU campakanlah keberanian ke dlm hatinya..
Dia meminta,
maka kabulkanlah..
Dia berjuang,
maka permudahkanlah..
Dia menuntut ilmuMU,
maka faqihkanlah..
Dia sangat sayang padaMU yg utama,
maka sayangilah dia..
Dia yakin padaMU,
maka KAU Maha Tahu apa yg terbaik utknya..
baik utk agamanya,
utk kehidupannya,
dan masa akan datang..
Kalau sebaliknya,
JAUHKANLAH..
AMIN..

tujuan mu lahir ke DUNIA

Lahirmu bukanlah utk DUNIA,

Lahirmu telah tertulis utk menjadi HAMBA pada ALLAH yg ESA,

Yakinilah ALLAH telah menciptakanmu dgn sebaik-baik kejadian.

Mana mungkin ALLAH membiarkan ciptaanNYA tanpa penjagaan.

Setiap saat ALLAH sentiasa bersamamu...

x pernah 1 helaan nafas dan 1 denyutan jantung pun ALLAH meninggalkanmu.

Tp, kte x terhitung betapa byknya kte melupakanNYA.

dari seorang sahabat utk sahabat yg disayangi

Diriku lemah..

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2138

Bersabarlah..

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2153

Apa dah jadi bila ECE buat kat hospital??

Assalamualaikum..
sudah lama rasanya x update blog. Masalah nya bukan x on9, tp, x tau pe nk dcritakn.

erm...hari khamis lepas, tba la masanya utk plajar 2nd year Medic (2nd group) pegi ke hospital Selayang...Seperti group yg sebelumnya, kehadiran kami, x de la disambut sgt...maklumla, hospital skarang bz..dgn H1N1 nya, masalah patient la, meeting sana sini..

ktorang pun pegi ke dwn kuliah..lame gak tunggu...dh la kena berangkat awal dr kolej...jam 6.30pg dh berkumpul...kira2 jam 7.30pg, smpai kat hospital...kalo jln jem, alamatnya, lg lame la duduk dlm bas..
ktorang dibawa pegi ke library, lab komp, clinical skill lab, ward2, jabatan farmasi, dll sume ada kat hospital selayang.
Dalam byk2 tempat tu, paling best, of kos la kat clinical skill lab..kat sana, En. Kamal yg begitu sporting, bagi briefing kat ktorang..
Kat sana ada mcm2 patung utk ktorang praktis sebelum buat kat REAL patient.


antara patung yg ade....
patung perempuan yg nak beranak..


Comel patung nie...harga satu patung nie kira2 RM39,000..tp, mslh nya patung nie dh rosak..harap2 patung nie blh dibaiki secepat mungkin..patung nie, btol2 mcm real patient..
Baby yg dalam rahim, akan bergerak keluar sama seperti pergerakan baby btol...maksudnya, bhgn kepala akan keluar terlebih dahulu, dan membuat pusingan seperti real baby sebelum nk keluar...ble tgk nmpk jer mcm patung, tp, ble pegang, fuhh...berat dan lembut...sebab bhgian kepala baby tu dibuat dr getah, dan bukan plastik...


selain tu, ade gak patung2 lain yg boleh batuk, menjerit kesakitan, sesak nafas...hoho...seram dohh kalo praktis malam2...
nie la patung yg sy mksudkan..
hurm...then bile petang, ktorang blaja psl vital signs...sume nya ada 4 vital sign..
1. pulse rate
2. body temperature
3. respiratory rate
4. Blood glucose
Sakit gler jari lepas kena cucuk utk cek blood glucose..huhu...masih terasa lagi.. Selain tu, ktorang di ajar cara2 hand-washing dgn btol..hoho...byk gler langkah...kena kira sampai 10 kali utk stiap langkah..aiyaaa.....ye lar...btol gak ape yg di ajar tu...kte sbgai doktor nnt akan selalu pegang patient. Cek sana, cek sini, and yet, org yg kte pegang tu bukan sume nya sihat...kalo sihat, x de la diorang pegi hospital..btol x? jd, risiko utk dpt berbagai-bagai jenis bacteria, virus n mikroorganisma lain tu amat tinggi..therefore, kena la basuh tgn properly.
tmbh lg, kalo kite buat operation dgn tgn kotor, patient akn senang dapat infection..therefore sterilization tu amat penting. Begitu gak dgn alatan2 yg diguna swaktu operation..mesti sterile!!

akceli, aktiviti vital sign dibuat waktu ptg..hand washing plak dibuat waktu pg..so, ble lepas hand washing tu, ktorang x de buat pa2 pun...kira cm waktu SDL la nie... (self direct learning)..mmg x tau la nk buat pe..nentor cm bz jer..so x nk la ganggu... super-super nentor plak kat hosp. Sg. Buloh..
tp, sy nasib baik la sbb, de kwn cm aleen....nentor die de masa nk bawa jln2 pegi ward...so, ktorang blh blaja cara diorang clerk patient sedikit demi sedikit..nmpk mcm susah jer bile dh masuk 3rd year nnt...nentor aleen kata, setiap minggu mesti ada sekali on-call...and, setiap posting kena buat 70 report untuk dhantar kat lecturer..(depend on lecturer) and certain lecturer aspect kte dh tau semua..huhu
Masalah dengan patient??patient beri masalah gak ker???
Patient plak ade mcm2 jenis...kdg2 bile senior ktorang nk interview patient, ada patient tu, cpat2 buat2 tido...sebab x nk kena ganggu..then, ade lagi yg bg alasan diorang dh kene interview pg td la, semalam la...(aik??pandai klentong gak patient nie yer...)
aduhhh.....ada lg kes, patient ramai yg dh pulang...so, kalo x byk patient dlm ward tu, cmne nk sediakan 70 report utk satu2 posting??huhu...and bukan suma patient nk bg kerjasama...language barrier pun satu mslh gak...
tp, alhamdulillah, patient yg diorang clerk depan kami, sumenya bg respons yg baik! pandai betul kak Atiqah layan patient...soft skill die, fuhh!! 100% bgus! patient yg sakit pun jd x sakit bile die bg layanan...=)
Bila dh abis blaja pasal vital sign kitorang pun balik kolej...guna bas yg disediakan..sampai kolej kira2 jam 4.30ptg...mmg pening kepala sgt hari tu...x cukup tdo kot..huhu...tmbh lagi penat, and x de energy.
Anyway, thanx tu senior yg begitu baik dgn ktorang....sekurang-kurang nya, terisi juga masa lapang ktorang kat hospital...SAYANG la korang sume...tanpa korang, xde la org yg akan beri tips2 utk berjaya kat kami plaja2 junior ni...^_^
ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya, dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa, atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kpd org2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yg kafir."
(Al- Baqarah: 286)
Semoga kita semua akan berjaya di dunia dan di akhirat..AMIN.