Jagalah ALLAH, ALLAH pasti akan menjagamu

"Sampai satu saat, kamu lelah dengan tujuan hidup bila kamu agungkan cinta selain cinta DIA"

Rintihan hati

Ya Allah… 
aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami. 
Mudah-mudahan keluh-kesah, resah-gelisah kami menerima ketentuan-Mu ini, 
Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hamba-Mu yang berdosa.
Semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah.

Kami lemah ya Allah… 
Kami lemah..
namun..
Kami tetap yakin Kau menguji kami ini dengan maksud baik. 
Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya. 
Kami berdoa ya Allah… ujian ini menjadi tebusan pada dosa-dosa kami yang lalu, kini dan akan datang. 
Sesungguhnya kami ini hamba ya Allah… 
ujian inilah yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini sudah semakin alpa bahawa kami ini hakikatnya hanyalah seorang hamba yang hina.

Memaafkan

Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuh'mu bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka.

Wahai diri, ingatlah...
segala gerak laku makhluk adalah dgn izin ALLAH.
Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata,
ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia yg menjadi 'sebab',
Lihat dgn mata hati yg ALLAH jua yg menjadi asbab.

Hidup ini terlalu singkat utk membenci
Bermusuh dgn org lain, sama seperti bermusuh dgn diri sendiri
Memaafkan org lain bererti memaafkan diri sendiri.

Hari ini Milik ku

Apabila berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, 
kerana hari ini adalah kesempatan utk hidup.
Tidak perlu untuk memikirkan hari kelmarin yg berlalu dgn kebaikan apatah lagi keburukan. Tidak perlu juga utk memikikirkan hari esok yg belum tentu datang.

Hari yg saat ini mataharinya bersinar, membuat aku mampu memandang alam sekitar. Itulah hari ku..Manfaatkan hari itu sebaiknya. Seolah-olah dilahirkan hari ini, dan juga akan mati hari ini.

Andai kata anda dapat minum air dingin yg menyegarkan, maka mengapa anda harus bersedih atas air masin yg anda minum kelmarin? atau menginginkan air esok yg masin dan panas?

Friendship

Friendship is not history to 2 forget,
not a maths 2 calculate,
not a language 2 learn...
its a science that u need 2 analyse, understand, appreciate,and feel..

In life,
Allah does not give the people that u want,
instead Allah give the people that u need,to teach u,
to hurt u and to make u exactly the way u should be...

Belajarlah dalam Universiti Kehidupan

Carilah hikmah dlm setiap ketentuan Allah,
supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran.

Setiap yang payah itu pasti ada kesenangan,
setiap kesabaran pasti ada ganjaran.

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
tiada siapa yang boleh menghalang,

Namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,
Pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman